Mudin Hasan Homestay

WELCOME TO "KAMPUNG"

the place

the place

Monday, June 18, 2012

AGODA

Semalam wakil daripada syarikat AGODA datang ke homestay untuk memasukkan Mudin Hasan Homestay ke dalam website AGODA. Penerangan telah dibuat mengenai promotion yang AGODA akan buat dan kami semua teruja mengenai medium pemasaran ini. So, lepas ni semua visitors boleh book directly dengan kami atau melalui AGODA. Thanks AGODA...

Tuesday, June 5, 2012

Cuti Sekolah

Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan "Selamat Bercuti Sekolah" kepada para pelajar. Cuti sekolah ini akan tamat pada 10 Jun 2012. So, masih sempat kepada sesiapa yang beminat menginap di Homestay kami untuk membuat tempahan, terutama pada hujung minggu ini. Tempah dari sekarang yea : )

Friday, March 23, 2012

PROGRAM KEMASYARAKATAN WARGA KEMENTERIAN KEWANGAN: MEMBAIK PULIH SURAU TEBAT TERATAI, NEGERI SEMBILAN.

Projek komuniti ini telah berjaya dijalankan dan berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2012. Kerjasama dan penglibatan daripada warga Kementerian Kewangan terutamanya pegawai-pegawai di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa (BEA) dan penduduk Kg. Terusan sangat menggalakkan. Selain itu, kakitangan di BEA dan MOF juga telah memberikan sumbangan berupa wang tunai dan mewaqaf Al-Quran serta sejadah bagi menjayakan program kemasyarakatan ini. Lebihan kutipan daripada program ini telah disumbangkan kepada Surau Tebat Teratai, Kg. Terusan bagi memastikan program-program keagamaan yang berterusan dapat dilaksanakan di surau ini. Selain itu, pihak homestay berharap dengan keceriaan semula surau ini, penduduk kampung yang tinggal berdekatan akan dapat solat berjemaah disini dan kelas-kelas keagamaan dapat dijalankan. Semoga usaha kerdil ini diberkati Allah di dunia dan akhirat. Amin.

Friday, March 2, 2012

Program Kemasyarakatan: Surau Tebat Teratai

Mudin Hasan Homestay menyahut baik cadangan warga Kementerian Kewangan melalui Kelab Khazanah dan Kelab Bahagian Ekonomi untuk mengadakan program kemasyarakatan di Surau Tebat Teratai, Kg. Terusan. Surau ini terletak kira-kira 500m daripada homestay. Tujuan program ini adalah untuk bergotong-royong membaik pulih surau serta mengimarahkan kembali surau ini. Program ini akan dijalankan pada 10 Mac 2012 (Sabtu), pukul 8pg - 2ptg. Pihak homestay telah bersetuju untuk menyediakan penginapan secara percuma kepada warga MOF bagi tujuan murni ini. Semoga usaha kerdil ini diberkati Allah. Amin.

rumah 1

rumah 1

rumah2

rumah2

pondok2

pondok2

bilik1

bilik1

bilik1.1

bilik1.1

bilik2

bilik2

bilik2.1

bilik2.1

bilik3

bilik3

bilik3.1

bilik3.1